Thursday, October 31, 2013

Resepi Apam Mentega Lembut

Resepi Apam mentega buatan Bunda enak dan lembut. Mencuba buat apam untuk makan anak-anak itu mudah dan cepat.
resepi kuih apam mentega keju

Bahan-bahan ( +-50 biji )
(A) Bahan2 utk gula hangus:-

  • 11/2 cawan gula pasir
  • 1 cawan air
  • 250 gm mentega

(B)

  • 1 cawan gula pasir
  • 4 biji telur
  • 3 cawan tepung gandum ayak besama
  • 2 sudu teh soda bikarbonate
  • 1 tin susu cair
  • 1 sudu teh esen vanila


Cara-cara

  1. cara buat gula hangus: masukkan gula dlm periuk,masak dgn api perlahan hingga gula larut dan berwarna perang.
  2. padamkan api dan masukkan air.nyalakan semula api dan kacau hingga semua larut dan masukkan mentega,kacau rata dan ketepikan.
  3. Putar gula, telur dan esen vanila hingga kembang dan masukkan gula hangus yg masih panas tadi.
  4. kemudian masukkan susu selang selikan dgn tepung.gaul semua hingga sebati.
  5. perap selama 1/2 jam.
  6. panaskan pengukus dan acuan lompang.tuangkan adunan ke dlm acuan.adunan ni jika dituang penuh kedlm acuan pun x mengapa sbb semasa masak dia x akan melimpah.
  7. Jika guna acuan lompang kukus selama lebih kurang 15 min – 20 min.tutup pengukus dgn kain supaya wap tidak jatuh ke bawah.

Resepi Biskut Dahlia Tradisional Mudah

resepi biskut dahlia susu nikmat

Resepi biskut dahlia merupakan salah satu resepi favorit saya, karena buatnya sangat mudah dan rasanya enak. Ada beberapa macam resepi bikut dahlia yang bisa kita buat, seperti resepi biskut dahlia tradisional, resepi biskut dahlia susu dan yang lainnya.

RESEPI BISKUT DAHLIA

Bahan-bahan:
  • 300 g mentega
  • 160 g gula aising
  • 2 kuning telur
  • 1 camca teh esen vanilla
  • 240 g tepung gandum*
  • 100 g tepung jagung*
  • 160 g tepung kastard*(*gaul rata dan diayak)
  • Ceri merah, dipotong kecil untuk hiasan


Cara Cara membuat:
  1. Putar mentega dan gula aising hingga berkrim, masukkan kuning telur dan esen vanilla dan putar hingga kembang.
  2. Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Adunan akan menjadi doh yang lembut dan mudah ditekan.
  3. Masukkan doh ke dalam alat penekan yang dipasang muncung untuk biskut dahlia. Tekan atas dulang pembakar. Buat hingga siap dan hias dengan sepotong kecil ceri. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 15 – 20 minit.
  4. Biarkan biskut sejuk sedikit atas dulang pembakar sebelum dialihkan ke atas jaringan. Biar sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara

Mudah dan enak, resepi biskut dahlia tradisional ini.

Monday, October 28, 2013

Resepi Daging Rebus Kedayan


Jom tengok resepi daging rebus kedayan ini.

Bahan-bahan:
  • 600 gm daging
  • 4 ulas bawang merah - di tumbuk
  • 2 ulas bawang putin - di tumbuk
  • 3 cm halia - ditumbuk
  • 7cm kunyit - ditumbuk
  • 1 sudu makan cili kisar
  • 1 batang serai - diketuk
  • 7 keping asam kulit (asam aur-aur)
  • 500 ml air
  • Garam secukup rasa
Cara-caranya :

  1. Daging dhiris nipis, bersihan dan saring tuskan airnya.
  2. Masukkan daging bersama bahan tumbuk, lada kisar, serai dan asam kulit dan garam kedalam periok dan rebus hingga daging empuk.
  3. Setelah empuk angkat sedia untuk dihidangkan.

Resepi Ayam Masak Kunyit (Resipi Kedayan)

resepi pais daging brunei

Resepi Ayam Masak Kunyit merupakan salah satu dari santapan Melayu Brunei. Seperti yang diminta oleh @Black-hijab. Silalah mencuba Resepi Ayam Masak Kunyit ini.

Bahan A (ditumbuk/dikisar):

  • 5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 1/2 inci halia 


Bahan B:

  • 1 ekor ayam (dipotong kecil)
  • 2 sudu makan cili yang dikisar (kalau nak pedas lagi, boleh tambah)
  • Sedikit belacan
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 2 batang serai
  • 1/2 cawan air asam jawa atau 3 keping asam kulit (ikut suka rasa)
  • Santan (1 biji kelapa)
  • Garam secukup rasa
  • Minyak makan
  • Air


Cara-caranya:
Tumis Bahan A. Kemudian bubuh cili kisar dan sedikit belacan. Masukkan serbuk kunyit dan serai. Tumis kesemua bahan sehingga naik bau. Masukkan sedikit air, ayam dan asam jawa atau asam keping. Masukkan santan dan air. Masakkan sehingga mendidih. Kemudian masukkan perasa. Hidangkan dengan nasi putih.

Selamat mencuba! :)

Saturday, October 26, 2013

Resepi Kuih Bahulu Tradisional

resepi kuih bahulu pandan sedap dan mudah buatnya

Nak tengok Resepi Kuih Bahulu Tradisional yang sedap dan menarik ini. Cocok untuk ide bisnes kuliner rumahan. Kamu bisa coba juga resepi kuih bahulu pandan

Bahan-bahan:
  • 1 mangkuk telur ayam
  • 1 mangkuk gula pasir
  • 1/2 kilogram tepung gandum
  • Sedikit minyak.

Cara menyediakan Kuih Bahulu Tradisional:
  1. Pukul telur dan gula sehingga kembang dan pekat.
  2. Ayak tepung dan baking powder kedalam adunan batter yang telah betul-betul kembang dan pekat. Kacau adunan sehingga sebati.
  3. Sebelum bakar bahulu, isikan acuan dengan minyak dan bakar dalam oven selama 10 minit untuk memanaskan acuan dan supaya adunan tidak melekat. Keluarkan acuan yang telah panas dari oven dan buangkan minyak.
  4. Sediakan kain yang dibalut pada kayu untuk sapukan minyak ke acuan setiap kali sebelum masukkan adunan ke acuan.
  5. Bakar gula dalam oven sebentar sebelum guna sehingga agak-agak hangat dan terus tuang kedalam telur. Tips ini untuk ketahanan kuih bahulu. Tahan sehingga sebulan tanpa pengawet.
  6. Untuk meringankan kuih bahulu, panaskan tepung dalam oven

Mudah, dan simple kan Resepi Kuih Bahulu Tradisional nya. Semoga bermanfaat